Iklan

2/17/2016

Niat Berihram Umrah

(Di Yalamlam atau di Jeddah atau di Bir Ali saat hendak berangkat ke Makkah)


Ihram adalah: 
Berniat dari miqat, untuk memulai melaksanakan ibadah Haji atau Umrah.

MAKNA IHRAM
Ihram itu asal maknanya ialah mengharamkan atau melarang dan ihram dalam ibadat haji atau umrah ini ertinya ialah suatu keadaan yang ada pada orang yang sedang mengerjakan haji atau umrah bermula pada ketika berniat mengerjakannya dan berakhir pada ketika TAHALLUL. Jadi sebab dinamakan atau dinamakan IHRAM ialah diharamkan beberapa perkara ketika dalam ihram itu.               

 لَبَّيْكَ اللَّـهُمَّ عُمْرَةً

Labbaikallohumma 'Umratan
Aku sambut panggilan-Mu ya Allah untuk melaksanakan Umroh

نَوَيْتُ العُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهاَ ِللهِ تَعاَلىَ

  Nawaitul 'umrota wa ahromtu biha lillahi ta'ala
Aku (tegaskan) niatku melaksanakan umroh dan berihram dengannya karena Allah

SUNAT - SUNAT IHRAM
  1.   Mandi sunat ihram
  2.  Mengerat kuku
  3. Mencukur atau menanggalkan bulu ketiak, ari-ari, mengandam misai dan rambut
  4. Memakai minyak rambut dan bau-bauan
  5. Memakai pakaian berwarna putih
  6. Sembahyang sunat ihram dan
  7. Membanyakkan bacaan talbiah selepas berniat haji atau umrah
  • Hasil gambar untuk niat mandi ihram

 
 Pakaian ihram untuk pria:
Dengan memakai dua helai kain yang tidak berjahit: satu helai dipakai seperti sarung, dan satu lagi diselempangkan mulai dari bahu kiri hingga ke bawah ketiak sebelah kanan. 

Sedang bagi wanita adalah

Pakaian biasa yang menutup seluruh anggota badan kecuali bagian muka dan telapak tangan dari pergelangan hingga ujung jari-jarinya. 

Disunnahkan memakai pakaian ihram berwarna putih, baik bagi laki-laki maupun perempuan . 


Hasil gambar untuk niat berihram
Hasil gambar untuk niat mandi ihramPANTANG LARANG SEMASA IHRAM
  • Pantang larang semasa ihram itu adalah seperti berikut:
  • Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki seperti memaikai songkok, serban dan sebagainya tetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh dibawah naungan pokok atau payung.
  • Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi lelaki, seperti seluar, baju,sarung kaki dan semua jenis pakaian berjahit yang dijadikan sebagai sarung.
  • Menutup muka dan tapak tangan bagi wanita
  • Memakai sarung tangan
  • Memakai bau-bauan sama ada di badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menghisapnya ke dalam hidung.
  • Memakai minyak rambut di kepala atau janggut.
  • Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu di anggota badan,
  • Mengerat atau memotong kuku kaki atau tangan, walaupun sebahagian sahaja daripadanya,
  • Mengerat, memebang atau mencabut segala tumbuh-tumbuhan yang sedang hidup sama ada tumbuhan itu pokok kayu ataupun rumput, milik orang ataupun bukan.
  • Memburu binatang yang halal dimakan atau membinasakannya, sama ada dengan cara membunuh, memukul, menjerat atau menangkap atau dengan apa cara yang menyakiti binatang-binatang itu, malah memeranjatkan atau mengejutkan binatang itu pun haram hukumnya,
  • Bersetubuh atau berjima'
  • Melakukan perkara-perkara pendahuluan untuk bersetubuh seperti bercium-ciuman, kerkucup-kucupan yang menaikkan nafsu syahwat
  • Akad nikah sama ada ijab atau kabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.         




SHOLAT SUNAT IHRAM

Setelah selesai mandi dan membersihkan badan dari segala bulu dan mengerat kuku, mengandam misai serta meminyak rambut dan memakai bau-bauan, pakailah ihram. Setelah selesai memakai ihram kerjakanlah sembahyang sunat ihram dua rakaat. Lafaz niatnya ialah : Yang bermaksud: "Sahaja aku sembahyang sunat ihram dua rakaat kerana Allah Ta'ala" Surah yang dibaca selepas Fatihah dirakaat pertama ialah surah Al-Kafirun (Qulya aiyuhal kafirun ) dan di rakaat kedua selepas Fatihah ialah surah Al- Ikhlas (Qulhuallahu Ahad


Hasil gambar untuk niat mandi ihram 
 

No comments:

Post a Comment